Sunday, 13 January 2013
Posted by SMK Tanjung Datuk at 1/13/2013 01:49:00 pm 0 comments
Monday, 24 October 2011
Motivasikan Diri Anda
Ada sesetengah pelajar berasa rendah diri apabila melihat rakan memperoleh kejayaan ,tetapi diri tidak .Mereka berasakan diri mereka lemah ,kurang cerdik ,dan mempercayai bahawa rakan (yang berjaya) memperoleh kejayaan dengan mudah kerana dikurniakan akal yang bijak ,lalu hilang keyakinan diri.Pernahkah anda berasa begitu ?Hakikatnya ,percayalah .Mereka mungkin dikurniakan akal yang bijak tetapi jika mereka tidak berusaha ,adakah kejayaan datang bergolek kepada mereka ?
'Orang lain boleh berjaya ,aku juga boleh !'
Harus diingat.Kejayaan diperoleh seiring dengan usaha kita .Jika anda berasakan diri seorang yang 'slow learner'..Maka anda mungkin perlu menggandakan usaha anda melebihi rakan yang lain.Percayalah segala kesusahan yang anda tempuhi akan berbaloi juga pada masa hadapan .Sesungguhnya..
'Bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah .'
Wish u best of luck .
Salam Deepavali n_n
Posted by SMK Tanjung Datuk at 10/24/2011 09:43:00 pm 0 comments
Saturday, 22 October 2011
5 Tips Pembelajaran Pelajar Cemerlang
1.Fokus Di dalam Kelas
-pelajar perlu menumpukan sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar .Elakkan dari bercakap dengan rakan .Selain itu ,seelok-eloknya pelajar membaca buku dahulu sebelum guru memulakan pembelajaran .Ini dapat memudahkan pelajar menangkap segala yang diajarkan oleh guru dengan lebih cepat .
2.Sentiasa Mengulang Kaji Pelajaran
-amat penting bagi pelajar untuk melakukan ulang kaji.Ada fakta mengatakan bahawa jika kita tidak mengulang kaji sesuatu yang kita pelajari dalam masa 24 jam ,maka ilmu itu akan pudar di ingatan kita .Konklusinya ,teruslah melakukan ulang kaji agar segala yang kita pelajari terus tersemat di dada .
3.Mendisiplinkan diri
-pelajar yang cemerlang perlulah mempunyai disiplin.Adakah anda sudah mempunyai jadual belajar ?Jika belum ,lakukannya sekarang .Pelajar perlulah mematuhi jadual yang telah dibuat .Selain dapat mendisiplinkan diri ,pelajar dapat menguruskan masa dengan baik .
4.Menjaga Adab
-pelajar perlulah menjaga adab dengan orang di sekeliling ,khususnya guru dan ibu bapa .
Sentiasa menghormati mereka dan jangan sesekali melakukan sesuatu yang mengguris perasaan mereka .Ditakuti segala ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan dan keredaan-Nya .
Lebih-lebih lagi ibu bapa .Kerana
'Keredaan Allah itu terletak pada keredaan ibu bapa '
5.Amalkan Pemakanan yang Sihat dan Berkhasiat
-pelajar perlu mengelakkan makan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan ,air berkabonat ,asam jeruk dll .Hal ini demikian kerana makanan seperti asam jeruk dan air berkabonat merupakan asid, yang mana secara tidak langsung menumpulkan otak .Sebaik-baiknya amalkan pemakanan yang berkhasiat seperti kekacang ,buah-buahan dan sayur-sayuran.Makanan seperti ini dapat menajamkan lagi daya ingatan kita selain menjadikan kita lebih sihat .
Akhir kata , selamat mencuba dan semoga berjaya :)
'Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu ,jangan jadi orang kelima [yang tidak memiliki salah satu daripada ciri-ciri tersebut],anda akan BINASA ' (riwayat At-Tabrani)
Posted by SMK Tanjung Datuk at 10/22/2011 10:49:00 am 0 comments
Thursday, 20 October 2011
Objektif Am Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
Posted by SMK Tanjung Datuk at 10/20/2011 08:53:00 pm 0 comments
Gambar-Gambar Pentadbir.
Penaung Tuan Hj Mohamad b Hj Mahadi Pengetua SMKTD |
Guru Kaunselor Encik Mohammed bin Redzuan |
Guru Kaunselor 2 Puan Fahariza bte Mahadi |
Guru Kaunselor 3 Puan Suzana bte Morsudi |
Posted by SMK Tanjung Datuk at 10/20/2011 08:37:00 pm 0 comments
Carta Organisasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Rakan Sebaya SMKTD
Penaung:
Tuan Haji Mohamad bin Haji Mahadi
Guru Penasihat:
- Tuan Haji Mohamed bin Redzuan
- Puan Farhariza bte Mahadi
- Puan Suzana bte Morsudi
Muhammad Shazwan bin Samiun
Naib Pengerusi:
Aida Najla bte Jaafar
Setiausaha:
Syahirah bte Robani
Bendahari:
Syarifah Fatin Syafiqah bte Syed Ilyas
Ahli Jawatankuasa:
- Mohd Asyraf bin Ibrahim
- Alia Natasha bte Jamaluddin
- Lim Mau Reen
Posted by SMK Tanjung Datuk at 10/20/2011 09:54:00 am 0 comments
Piagam Pelanggan UBK
Posted by SMK Tanjung Datuk at 10/20/2011 08:16:00 am 0 comments