BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 22 October 2011

5 Tips Pembelajaran Pelajar Cemerlang

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut merupakan antara tips yang boleh dijadikan panduan .


1.Fokus Di dalam Kelas
-pelajar perlu menumpukan sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar .Elakkan dari bercakap dengan rakan .Selain itu ,seelok-eloknya pelajar membaca buku dahulu sebelum guru memulakan pembelajaran .Ini dapat memudahkan pelajar menangkap segala yang diajarkan oleh guru dengan lebih cepat .


2.Sentiasa Mengulang Kaji Pelajaran
-amat penting bagi pelajar untuk melakukan ulang kaji.Ada fakta mengatakan bahawa jika kita tidak mengulang kaji sesuatu yang kita pelajari dalam masa 24 jam ,maka ilmu itu akan pudar di ingatan kita .Konklusinya ,teruslah melakukan ulang kaji agar segala yang kita pelajari terus tersemat di dada .


3.Mendisiplinkan diri
-pelajar yang cemerlang perlulah mempunyai disiplin.Adakah anda sudah mempunyai jadual belajar ?Jika belum ,lakukannya sekarang .Pelajar perlulah mematuhi jadual yang telah dibuat .Selain dapat mendisiplinkan diri ,pelajar dapat menguruskan masa dengan baik .


4.Menjaga Adab
-pelajar perlulah menjaga adab dengan orang di sekeliling ,khususnya guru dan ibu bapa .
Sentiasa menghormati mereka dan jangan sesekali melakukan sesuatu yang mengguris perasaan mereka .Ditakuti segala ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan dan keredaan-Nya .
Lebih-lebih lagi ibu bapa .Kerana
'Keredaan Allah itu terletak pada keredaan ibu bapa '


5.Amalkan Pemakanan yang Sihat dan Berkhasiat
 -pelajar perlu mengelakkan makan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan ,air berkabonat ,asam jeruk dll .Hal ini demikian kerana makanan seperti asam jeruk dan air berkabonat merupakan asid, yang mana secara tidak langsung menumpulkan otak .Sebaik-baiknya amalkan pemakanan yang berkhasiat seperti kekacang ,buah-buahan dan sayur-sayuran.Makanan seperti ini dapat menajamkan lagi daya ingatan kita selain menjadikan kita lebih sihat .




Akhir kata , selamat mencuba dan semoga berjaya :)


'Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu ,jangan jadi orang kelima [yang tidak memiliki salah satu daripada ciri-ciri tersebut],anda akan BINASA '  (riwayat At-Tabrani)

0 comments: