BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 24 October 2011

Motivasikan Diri Anda

Ada sesetengah pelajar berasa rendah diri apabila melihat rakan memperoleh kejayaan ,tetapi diri tidak .Mereka berasakan diri mereka lemah ,kurang cerdik ,dan mempercayai bahawa rakan (yang berjaya) memperoleh kejayaan dengan mudah kerana dikurniakan akal yang bijak ,lalu hilang keyakinan diri.Pernahkah anda berasa begitu ?Hakikatnya ,percayalah .Mereka mungkin dikurniakan akal yang bijak tetapi jika mereka tidak berusaha ,adakah kejayaan datang bergolek kepada mereka ?

Konklusinya ,mereka yang berjaya sebenarnya adalah mereka yang BERUSAHA .Bukan bergantung kepada akal semata-mata .Jika anda berusaha ,adalah tidak mustahil bagi anda mencapai kejayaan .Tanamkan dalam diri ,
'Orang lain boleh  berjaya ,aku juga boleh !'



Harus diingat.Kejayaan diperoleh seiring dengan usaha kita .Jika anda berasakan diri seorang yang 'slow learner'..Maka anda mungkin perlu menggandakan usaha anda melebihi rakan yang lain.Percayalah segala kesusahan yang anda tempuhi akan berbaloi juga pada masa hadapan .Sesungguhnya..
'Bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah .'



Tiada yang mudah di dunia ini .Jika anda ingin berjaya,maka anda lah yang perlu berusaha.Tanam kan dalam diri 'Aku ingin berjaya !' .Sentiasa yakin serta percaya dengan kebolehan diri ..InsyaAllah ..kejayaan menanti anda :)
 Wish u best of luck .
Salam Deepavali n_n

0 comments: