BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 24 October 2011

Motivasikan Diri Anda

Ada sesetengah pelajar berasa rendah diri apabila melihat rakan memperoleh kejayaan ,tetapi diri tidak .Mereka berasakan diri mereka lemah ,kurang cerdik ,dan mempercayai bahawa rakan (yang berjaya) memperoleh kejayaan dengan mudah kerana dikurniakan akal yang bijak ,lalu hilang keyakinan diri.Pernahkah anda berasa begitu ?Hakikatnya ,percayalah .Mereka mungkin dikurniakan akal yang bijak tetapi jika mereka tidak berusaha ,adakah kejayaan datang bergolek kepada mereka ?

Konklusinya ,mereka yang berjaya sebenarnya adalah mereka yang BERUSAHA .Bukan bergantung kepada akal semata-mata .Jika anda berusaha ,adalah tidak mustahil bagi anda mencapai kejayaan .Tanamkan dalam diri ,
'Orang lain boleh  berjaya ,aku juga boleh !'



Harus diingat.Kejayaan diperoleh seiring dengan usaha kita .Jika anda berasakan diri seorang yang 'slow learner'..Maka anda mungkin perlu menggandakan usaha anda melebihi rakan yang lain.Percayalah segala kesusahan yang anda tempuhi akan berbaloi juga pada masa hadapan .Sesungguhnya..
'Bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah .'



Tiada yang mudah di dunia ini .Jika anda ingin berjaya,maka anda lah yang perlu berusaha.Tanam kan dalam diri 'Aku ingin berjaya !' .Sentiasa yakin serta percaya dengan kebolehan diri ..InsyaAllah ..kejayaan menanti anda :)
 Wish u best of luck .
Salam Deepavali n_n

Saturday 22 October 2011

5 Tips Pembelajaran Pelajar Cemerlang

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut merupakan antara tips yang boleh dijadikan panduan .


1.Fokus Di dalam Kelas
-pelajar perlu menumpukan sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar .Elakkan dari bercakap dengan rakan .Selain itu ,seelok-eloknya pelajar membaca buku dahulu sebelum guru memulakan pembelajaran .Ini dapat memudahkan pelajar menangkap segala yang diajarkan oleh guru dengan lebih cepat .


2.Sentiasa Mengulang Kaji Pelajaran
-amat penting bagi pelajar untuk melakukan ulang kaji.Ada fakta mengatakan bahawa jika kita tidak mengulang kaji sesuatu yang kita pelajari dalam masa 24 jam ,maka ilmu itu akan pudar di ingatan kita .Konklusinya ,teruslah melakukan ulang kaji agar segala yang kita pelajari terus tersemat di dada .


3.Mendisiplinkan diri
-pelajar yang cemerlang perlulah mempunyai disiplin.Adakah anda sudah mempunyai jadual belajar ?Jika belum ,lakukannya sekarang .Pelajar perlulah mematuhi jadual yang telah dibuat .Selain dapat mendisiplinkan diri ,pelajar dapat menguruskan masa dengan baik .


4.Menjaga Adab
-pelajar perlulah menjaga adab dengan orang di sekeliling ,khususnya guru dan ibu bapa .
Sentiasa menghormati mereka dan jangan sesekali melakukan sesuatu yang mengguris perasaan mereka .Ditakuti segala ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan dan keredaan-Nya .
Lebih-lebih lagi ibu bapa .Kerana
'Keredaan Allah itu terletak pada keredaan ibu bapa '


5.Amalkan Pemakanan yang Sihat dan Berkhasiat
 -pelajar perlu mengelakkan makan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan ,air berkabonat ,asam jeruk dll .Hal ini demikian kerana makanan seperti asam jeruk dan air berkabonat merupakan asid, yang mana secara tidak langsung menumpulkan otak .Sebaik-baiknya amalkan pemakanan yang berkhasiat seperti kekacang ,buah-buahan dan sayur-sayuran.Makanan seperti ini dapat menajamkan lagi daya ingatan kita selain menjadikan kita lebih sihat .




Akhir kata , selamat mencuba dan semoga berjaya :)


'Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu ,jangan jadi orang kelima [yang tidak memiliki salah satu daripada ciri-ciri tersebut],anda akan BINASA '  (riwayat At-Tabrani)

Thursday 20 October 2011

Objektif Am Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

·      Memberi  khidmat  penyuburan  dan  pengayaan  dalam semua aspek  dengan menyediakan perluang dan pengalaman dengan kemampuan pelajar

·         Memberi  khidmat  pencegahan  iaitu  menghidarkan  pelajar  daripada terlibat  perbuatan  salah  laku seperti tidak berdisiplin,penggunaan dadah dan tingkah laku anti sosial yang lain.

·         Memberi khidmat dengan tujuan memperbaiki semula pelajar yang bermasalah peribadi pelajaran kerjaya dan sosial.

·         Memberikan khidmat kauseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukanya.

Gambar-Gambar Pentadbir.



Penaung
Tuan Hj Mohamad b Hj Mahadi
Pengetua SMKTD


Guru Kaunselor
Encik Mohammed bin Redzuan

Guru Kaunselor 2
Puan Fahariza bte Mahadi

Guru Kaunselor 3
Puan Suzana bte Morsudi


Carta Organisasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Rakan Sebaya SMKTD

Penaung:
    Tuan Haji Mohamad bin Haji Mahadi


Guru Penasihat:

  1. Tuan Haji Mohamed bin Redzuan
  2. Puan Farhariza bte Mahadi
  3. Puan Suzana bte Morsudi
Pengerusi:
    Muhammad Shazwan bin Samiun


Naib Pengerusi:
    Aida Najla bte Jaafar




Setiausaha:
    Syahirah bte Robani


Bendahari:
    Syarifah Fatin Syafiqah bte Syed Ilyas


Ahli Jawatankuasa:
  1. Mohd Asyraf bin Ibrahim
  2. Alia Natasha bte Jamaluddin
  3. Lim Mau Reen

Piagam Pelanggan UBK

1.Menyediakan bilik Bimbingan dan Kaunseling yang kondusif.
2.Menerima semua klien tanpa syarat.

3. Memenuhi temujanji klien.

4.Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.

5.Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan professional.

6.Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.

7.Menerima klien kaunseling krisis dengan serta merta.

8.Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

Falsafah

Pendidikan Di Malaysia Adalah Suatu Usaha Berterusan Ke Arah Memperkembangkan Lagi Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan Insan Yang Seimbang Dan Harmoni Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani. Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan. Usaha Ini Adalah Bagi Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Berilmu, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Serta Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Masyarakat Dan Negara

Visi dan Misi SMKTD

Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang




Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Wednesday 19 October 2011

Pengenalan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Apa itu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling?


  • Diperkenalkan di dalam sistem persekolahan kita pada tahun 1990-an.
  • Menitikberatkan bimbingan kerjaya dan pelajaran.
  • merupakan salah satu usaha dalam melahirkan rakyat Malaysia  yang berilmu pengetahuan,berketrampilan,berakhlak mulia serta bertanggungjawab.